RASUAH PILIHANRAYA BERLELUASA DI TERENGGANU?

 


Semalam Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said telah melakukan sidang media di WTC berkenaan tiga petisyen pilihanraya yang dibuat oleh Barisan Nasional Terengganu di tiga Parlimen iaitu di Marang, Kuala Terengganu dan Marang.

Mengikut kenyataan beliau, selain video sumpah yang viral sejurus selepas PRU 15 lalu terdapat 20 saksi yang akan memberi keterangan di mahkamah apabila ianya dibicarakan kelak.

Namun menurut beliau lagi rasuah kepada pengundi ini bukan hanya terjadi di tiga parlimen yang disebutkan malah di seluruh negeri Terengganu namun keengganan saksi untuk memberi keterangan menyukarkan pihak beliau untuk melalukan petisyen sebagaimana yang te;ah dinyatakan.

Menurut Ahmad lagi petisyen ini dilakukan kerana tiga perkara yang pertama tidak pernah berlaku sebelum ini wang begitu banyak diagihkan kepada rakyat. Kedua Kerajaan Terengganu telah menyalahgunakan kuasa memberikan bantuan hari raya (i-fitri) semasa pilihanraya dan yang ketiga wang diagihkan sehari atau dua hari sebelum pilihanraya (PRU15).

Tambahnya lagi ketika BN menjadi kerajaan dana hari raya dan dana bakti remaja diberikan setiap tahun kepada mereka yang layak namun apabila kerajaan PAS ambil alih kepimpinan kerajaan negeri, mereka tidak beri dana ini selama tiga tahun namun masuk tahun keempat mereka mula memberi dana ini dengan nama dana I-Fitri.

Video penuh sidang media di sini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.