SELEPAS KECOH ISU PAS RASUAH PENGUNDI, KINI TIMBUL PULA ISU TANAH YANG DIBERI KEPADA PERSATUAN ISTERI WAKIL RAKYAT PAS

 


Sekeping tanah bernilai tinggi yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu bernilai RM 29 juta (2020) telah diberikan kepada Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Bekas Wakil-Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa') lapor sebuah portal. (Klik Sini)

Menurut portal tersebut Khairunnisa' hanya membayar RM 550,000 sahaja sebagai premium tanah untuk memiliki tanah berkenaan.

Menurut laporan portal berkenaan juga, ianya bukan kali pertama PAS menggunakan nama koperasinya untuk membeli tanah milik rakyat Terengganu.

Persoalannya, bagaimana mungkin tanah yang bernilai RM 29 juta (2020) boleh dimiliki dengan hanya membayar harga premium RM 550,000 sahaja?

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said pernah menyuarakan isu ini dan meminta pihak SPRM turut menyiasat perkara ini.

Ahmad Said kali pertama menyebut perkara ini dalam perbahasan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada November 2021. (video di sini)

Untuk rekod, sejurus selepas PRU 15, PAS menang kelapan-lapan kerusi parlimen di Terengganu dengan majoriti besar. Dan apa yang lebih menarik ialah kecoh dan viral pula video PAS rasuah pengundi dengan perlu bersumpah "Wallahi, saya undi PAS".

Sejauh mana PAS boleh dilabel sebagai sebuah parti yang bersih dan benar-benar mengikut aturan Islam sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Keduanya adakah mereka benar-benar ikhlas untuk menjaga kebajikan rakyat Terengganu atau hanya indah khabar dari rupa?

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.