Ketua UMNO Bahagian Johor, Tan Sri Shahrir Samad menegaskan punca beliau diheret ke mahkamah sehingga bertahun adalah kerana niat jahat bekas AG, Tan Sri Tommy Thomas.
Menurut beliau, Tommy adalah seorang individu yang berpengalaman dan cerdik. Maka mustahil sekiranya tidak tahu berkaitan dengan akta-akta melibatkan kes Shahrir.
“Mudah je. Kalau saya disiasat oleh LHDN, diatas tuduhan tak istihar pendapatan sebenar. Dibawah Akta Cukai Pendapatan, kalau didapati saya ‘lari cukai’, kena denda je.
Semuanya secara runding, di luar pandangan orang awam. Tapi bawah AMLA, kesalahan sama jadi jenayah berat. Hukuman penjara dan denda,” kata Shahrir menerusi hantaran di Facebooknya.
Selain itu, beliau turut menekankan, kes tersebut adalah penting untuk dibicara di dalam mahkamah kerana pelbagai bukti yang boleh dibentangkan untuk tontonan awak.
Dalam masa yang sama, kesalahan yang sama itu juga boleh dijadikan sebagai kesalahan ringan dan juga berat namun ianya masih berada dalam pengetahuan Tommy yang sudah sekian lama menjadi peguam.
“Tommy Thomas tak tahu ke? Tentu dia lebih tahu. Dia orang yang cerdik dan berpengalaman. Tapi niat dah jahat.
“Sebab itu saya sengaja diheret ke mahkamah. Itulah, kerana niat jahat. Dan niat politik,” tambah Shahrir lagi. BNO