UMNO TERENGGANU FAILKAN TIGA PETISYEN PILIHANRAYA

UMNO Terengganu telah memfailkan tiga petisyen melibatkan tiga Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu Dan Kemaman.

Dalam satu sidang akhbar yang dibuat secara langsung Dari WTC itu Ahmad Said berkata kesemua petisyen yang dibuat kerana salah lalu rasuah yang melampau yang dikatakan melibatkan semua Parlimen di Terengganu tetapi hanya tiga Parlimen berjaya kumpulkan Bukti.

Ahmad Said yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang juga merupakan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Kemaman tewas dengan majoriti lebih 20 ribu undi dalam Pru 15 lalu kepada calon Pas.

Beliau juga mempersoalkam tindakan Kerajaan Negeri pimpinan Pas yang memberikan pelbagai Wang Dana kepada rakyat dalam tempoh kempen pilihanraya kerana sepanjang empat tahun lebih pentadbiran Pas di Terengganu tiada sebarang Dana seperti yang diberikan dalam tempoh pilihanraya itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.