Dato' Seri Ahmad Said dalam sau sidang media mendedahkan kenapa UMNO Terengganu menyokong usul UMNO Negeri Sembilan untuk tidak mempertandingkan dua jawatan utama dalam UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.
Usul yang disokong oleh majoriti perwakilan dalam PAU 2022 itu menjadikan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan YB Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hassan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk tempoh satu penggal yang mendatang.
Di sebalik segala tohmahan yang dilemparkan kepada UMNO ekoran keputusan itu, memang ada sebab yang kukuh untuk perwakilan UMNO membuat keputusan sedemikian iaitu untuk mengelak daripada terus berlaku perpecahan yang lebih besar di dalam UMNO ekoran sekiranya pemilihan dua jawatan utama itu dibuat.