Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Saudara Isham Jalil berkata 71 kerusi berada dalam keadaan goyah sekiranya tiga petisyen pilihanraya melibatkan tiga parlimen di Terengganu memihak kepada Barisan Nasional.
Menurut Isham, ianya adalah kerana sekiranya BN menang di tiga petisyen itu "money trail" dari mana sumber wang tersebut pasti akan turut disiasat dan apa yang pasti sumber kewangan kepada parlimen-parlimen yang terlibat pasti datang dari sumber yang sama.
Beberapa hari lepas SPRM telahpun membekukan akaun Parti Bersatu. Isham juga berkata beliau yakin selepas ini beberapa akaun yang melibatkan Pas pula akan dibekukan.
Beliau juga menjelaskan dengan apa yang berlaku jelas menunjukkan PAS bukanlah sebuah parti yang bersih seperti yang dicanang kepada rakyat dengan slogan bersih dan stabil.
Berita lanjut akan menyusul.