Datuk K antara punca satu daripada 47 pertuduhan kepada Zahid

Suami Siti Nurhaliza adalah punca bagi satu dari 47 tuduhan ke atas Zahid.

Datuk K membawa CEO Armada Holdings Sdn Bhd ke Zahid sebab CEO mahu Zahid tolong dia.

CEO kata mereka mahu masuk tender untuk membekal arang kepada TNB tetapi mereka tidak layak sebab paid-up capital mereka tak cukup RM10 juta.

CEO minta Zahid untuk campur tangan dengan mengurangkan syarat modal berbayar untuk serta tender TNB dari RM10 juta ke RM5 juta.

Tapi Zahid kata dia tak boleh campur tangan dalam proses tender TNB.

Sebulan kemudian, Zahid pinjam RM10 juta dari dana Yayasan Akalbudi kepada CEO tersebut sebab dia kata dia mahu tolong pengusaha bumiputera dan juga atas sebab dia yakin dengan kawan Datuk K.

Tiga bulan kemudian, CEO tersebut memulangkan dana RM10 juta tersebut bersama faedah RM69,722.65 kepada Yayasan Akalbudi.

Tetapi Zahid didakwa telah menggelapkan dana Yayasan Akalbudi sebanyak RM10 juta sebab pernah suruh pinjam dana itu kepada CEO.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/12/11/firms-ceo-zahid-issued-rm10m-cheque-as-loan-after-meeting-arranged-by-datuk/1818298

Zahid juga dikenakan satu lagi tuduhan sebab pernah suruh Yayasan Akalbudi untuk beri RM1.3 juta kepada pasukan bola PDRM FA untuk bayar gaji tertunggak pemain.
https://www.malaysiakini.com/news/595309

Kira Zahid dituduh dalam mahkamah sebab dia telah rasuah polis kot.

Pendakwaan kata syarikat Armada holdings dan PDRM bukan golongan miskin yang perlu dibantu.

Memandangkan Yayasan Akalbudi ditubuhkan, didanakan dan diuruskan oleh Zahid tetapi Zahid juga dikenakan 47 dakwaan sebab gelapkan dana Yayasan Akalbudi maka Tommy dan Mahathir sebenarnya mendakwa Zahid telah curi dari Zahid.

Sumber: Lim Sian See
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.