Dalam satu sidang media selepas satu program di Hotel Raiya kelmarin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jelas wujud salah guna kuasa dalam isu jual beli tanah yang kini menjadi milik Persatuan Isteri Wakil Rakyat Pas Terengganu (Khairunnisa').
Bagaimana mungkin sebidang tanah bernilai tinggi yang terletak di kawasan strategik di Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dibrikan kepada persatuan berkenaan dengan hanya membayar premium tanah RM 550 ribu sahaja sedangkan nilaian semasa yang dibuat, tanah berkenaan bernilai RM 29 juta.
Huraian lanjut boleh di tonton di video di bawah.
Ahmad Said sekali lagi menggesa SPRM supaya menjalankan siasatan ke atas kes tersebut. Sebelum ini Ahmad Said beberapa kali mengutarakan perkara ini namun tiada siapa mengambil tindakan lanjut.