Minggu lepas Pembangkang buat kecoh lagi di Parlimen apabila mereka tidak masuk dewan Sesi petang apabila Kerajaan bercadang untuk membahas Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021.
Tindakan Pembangkang itu menimbulkan tanda Tanya kepada ramai orang terutamanya rakyat yang tidak berparti. Mereka persoalkan kenapa Pembangkang bertindak sedemikian. Kerana bagi rakyat apa yang perlu mereka (Pembangkang) takutkan jika mereka tidak melakukan salah lalu dan bersih sebagaimana yang mereka katakan.
Kerajaan seharusnya meneruskan hasrat untuk membahaskan Laporan Audit berkenaan kerana penting bagi rakyat khususnya tahu ke mana perginya wang rakyat berkumlah RM600 juta ketika PN menjadi Kerajaan yang mereka luluskan dalam tempoh darurat dahulu.
Selain itu, rakyat juga ingin tahu bagaimana PN ( Bersatu, Pas, Gerakan) di lihat terlalu mewah berbelanja ketika kempen PRU 15 lalu walaupun baru setahun jagung ditubuhkan. Dari manakah sumber dana pilihanraya mereka, adakah bersih ataupun ada berlaku salah lalu dan salah guna kuasa yang menyebabkan ketirisan dana awam.
Diharapkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PMX DS Anwar Iebih telus dalam menguruskan kewangan negara dan tidak berlaku lagi darurat politik sebagaimana zaman PN dahulu.
Bahas Laporan Audit Negara, Pembangkang tak perlu takut kalau kalian benar-benar bersih.