Ianya berkait dengan sebidang tanah di pusat bandar Kuala Terengganu yang dahulunya bekas tanah tapak mahkamah berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Kontingen Terengganu.
Tanah itu yang kini dikenali sekarang dengan nama Dataran Khairunnisa' dikatakan telah 'anugerahkan' kepada Persatuan Isteri- Isteri- Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Pas dengan harga bawah nilai pasaran.
Tanah berkenaan dilaporkan bernilai lebih RM 29 juta makin diberikan kepada persatuan tersebut dengan hanya membayar premium lebih kurang RM 500 ribu sahaja.
Jika diteliti laporan yang dibuat oleh beberapa portal dengan beberapa dokumen yang dilampirkan agak sukar untuk menafikan tidak wujud salah guna kuasa dalam isu ini.
Yang menjadi persolannya ialah sekiranya ia benar-benar berlaku, maka SEJAUH MANA slogan 'Bersih' yang dilaungkan selama ini boleh dipertikaikan. Apatah lagi daripada pemimpin yang menggunakan imej Islam pada nama parti yang diwakilinya. Integriti mereka boleh dipersoalkan.
Dalam pada itu tiga parlimen yang dimenangi Pas ketika PRU 15 lalu masih dalam proses mahkamah.
Walau apapun sejauhmana kebenaran daripada isu ini biarlah SPRM yang membuat siasatan kerana diberitakan juga bahawa Ketua Pemuda Negeri Terengganu telah membuat laporan kepada SPRM.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, YB Dato' Seri Ahmad Said telah kenturatakan isu ini dalam sidang Dun Terengganu.
Diharapkan pihak SPRM dapat menjalankan siasatan sebaik mungkin agar kebenaran isu ini dapat diperjelaskan kepada rakyat Negeri Terengganu khasnya Dan Malaysia amnya.