Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima satu aduan berhubung dakwaan penjualan tanah Bernilai RM 29.3 juta kepada persatuan seorang menteri besar dengan nilai di bawah harga pasaran.
Aduan berkenaan telah dibuat di SPRM Terengganu Dan telah dipanjangkan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan Dan siasatan lanjut.
Untuk rekod penjualan tanah berkenaan yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu itu tidak disokong oleh pentadbir tanah Dan juga Majlis Bandaraya Kuala Terengganu namun tetap diluluskan kepada Persatuan Isteri-Isteri- Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Pas Negeri Terengganu dengan hanya membayar premium tanah RM 500 ribu sahaja.
Tanah berkenaan bukan kali pertama diserahkan kepada NGO milik Pas tetapi ianya pernah diberikan ketika PAS memerintah Terengganu pada penggal 1999-2004 sebelum Kerajaan ketika zaman BN membeli balik tanah berkenaan kerana tanah tersebut tidak wajar diberikan kepada NGO kerana ianya bernilai besar bagi manfaat rakyat secara keseluruhannya.
Sebelum diberikan kepada persatuan berkenaan tanah tersebut diurus oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan segala hasil disalurkan untuk manfaat rakyat Terengganu namun apabila diserahkan kepada NGO segala manfaat keuntungan bukan lagi milik rakyat secara keseluruhannya tetapi hanya menjadi milik NGO berkenaan sahaja.
Untuk rekod juga persatuan berkenaan hanya membayar hanya 1.7% ( RM 500 ribu) daripada jumlah keseluruhan nilai premium tanah yang sepatutnya dibayar iaitu 20% daripada nilai sebenar tanah RM29.3 juta.