Isu tanah yang lebih dikenali dengan nama Dataran Khairunnisa' boleh dikatakan satu pengkhianatan kepada rakyat Terengganu.
Tanah berkenaan bukan kali pertama diberikan kepada NGO Berkait dengan Pas tetapi sudah kali kedua dan kali ini diberikan kepada Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Dan Bekas Wakil Rakyat Pas.
Kali pertama ianya diberikan adalah selepas Pas mengambil alih Kerajaan Terengganu daripada BN pada PRU tahun 1999 sebelum dibeli semula oleh Kerajaan BN setelah merampas kembali tampuk pemerintahan ketika PRU 2004 dengan RM6.7 juta.
Apabila Pas menang ketika PRU 14 2018 tanah berkenaan sekali lagi diberikan kepada Khairunnisa' yang dipengerusikan oleh Isteri Menteri Besar Dan jawatankuasanya adalah di kalangan Isteri-isteri exco Kerajaan Negeri dengan hanya perlu membayar premium tanah lebih kurang RM500 ribu sahaja. (Rakyat telah rugi RM 6.2 juta).
Premium tanah yang sepatutnya dibayar adalah lebih RM5 juta ataupun 20% daripada nilaian tanah (RM29.3 juta) dan persatuan berkenaan hanya membayar 1.7% sahaja.
Kita juga difahamkan pentadbir tanah Dan MBKT juga tidak menyokong permohonan berkenaan namun atas kuasa yang dimiliki oleh Exco, saranan tersebut tidak diikuti.
Mesyuarat Exco di pengerusikan oleh MB dan tanah diberikan kepada Persatuan yang dipengerusikan oleh isteri MB. Bagaimana mungkin tidak wujud "conflict of interest" atas keputusan yang diberikan?.
Sprm telah menjalankan siasatan dan Pejabat Tanah juga telah 'dikunjungi' oleh Sprm Putrajaya.
Ketika Kerajaan BN beli semula tanah berkenaan pada tahun 2004, tanah berkenaan ditadbir urusvoleh MBKT untuk kegunaan awam Dan hasil daripada Aktiviti disitu masuk kembali kepada Kerajaan digunakan untuk manfaat rakyat keseluruhannya.
Tapi kini apabila ianya diberikan kepada persatuan tersebut maka sudah tentu hasilnya hanya menjadi keuntungan kepada pihak yang berkenaan sahaja.
Ambillah iktibar jangan biarkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.