Berat PAS buat mcm ni. Peruntukan banjir dr kerajaan pusat tak sampai kepada sebahagian rakyat yang terkesan kerana perbezaan politik. Tanah bernilai tinggi milik negeri dijual murah² kepada kroni. Peruntukan dan bantuan banyak yg kurang atau ditiadakan. Bila rakyat bertanyakan tentang bantuan atau dana, mereka menyindir - "lapar bantuan, lapar pitih, malulah jadi lelaki harapkan bantuan kerajaan". Pembangunan seakan terhenti manakala pembangunan sedia ada tidak diselenggarakan dengan baik. Aktiviti kerajaan negeri hanya tertumpu kepada program² yg tidak memberi keuntungan kepada rakyat terbanyak. Ada tok wakilpun x mesra rakyat sbb naik kerana terpaksa, bukan kerana minat utk berbakti kpd rakyat. Dan banyak lagilah kekayaan luar biasa yg dimiliki dlm masa sepenggal berkuasa, menyakitkan mata memandangnya. PRU14, BN jatuh kerana naratif GST dan 1MDB. PRU15, jatuh teruk lagi kerana naratif perompak penyamun. Dan kali ini mereka datang pula dengan naratif UMDAP. Namun, rakyat Terengganu dapat apa dengan melayani naratif² seperti ini? Kehidupan semakin baik? Bantuan semakin banyak? Peluang kerja dan perniagaan semakin bertambah? Rumah untuk rakyat mencukupi? Pertimbangkanlah kebolehan dan pengalaman parti yg mentadbir. Kerajaaan Perpaduan ini adalah kerajaan stabil dan tak akan jatuh selepas PRN. Jangan perjudikan nasib rakyat dgn menjadikan Terengganu negeri pembangkang. Kelak yg susah ialah rakyat Terengganu sendiri.
PRN kali ini saya memohon sangat² demi masa depan rakyat Terengganu yang lebih cerah, tolonglah undi untuk BN dan PH.