Peningkatan KDNK Negeri Terengganu 5.9% Pada 2022 Adalah Kelima Tercorot
1. Apabila MB Terengganu berkongsi pertumbuhan dan kenaikan peratusan KDNK Terengganu pada 2022 sebanyak 5.9% semua media PAS dan pengikutnya bersorak gegak gempita di media sosial kerana ia kononnya menjadi petunjuk kejayaan PAS di Terengganu membangunkan ekonomi negeri. Tapi benarkah begitu?
2. Sebenarnya pertumbuhan dan peningkatan KDNK Terengganu pada 2022 yang dibangga-banggakan itu adalah ke lima tercorot berbanding 13 negeri lain. Lihat data berikut:
1. Pulau Pinang 13.1%
2. Selangor 11.9%
3. Pahang 10.8%
4. Kuala Lumpur 9.2%
5. Melaka 8.6%
6. Johor 8.2 %
7. Kedah 7.2 %
8. Sarawak 6.5%
9. Negeri Sembilan 6.4%
10. Terengganu 5.9%
11. Perak 4.3%
12. Sabah 3.7%
13. Kelantan 2.4%
14.Perlis
Fakta tidak berbohong!
3. Empat negeri yang mengatasi kadar pertumbuhan nasional pada 2022 ialah Pulau Pinang (13.1 peratus), Selangor (11.9 peratus), Pahang (10.8 peratus) dan Kuala Lumpur (9.2 peratus)
4. KDNK Negeri boleh dirujuk pada fakta oleh DOSM. Terengganu pada kedudukan no 3 tercorot kalau diambil 3 tahun terakhir 2020, 2021 dan 2022.
Berikut adalah nilai KDNK untuk tahun 2020 dan 2021 setiap negeri berdasarkan kedudukan terendah:
14. Perlis RM5.779 & RM5.86 billion
13. Kelantan RM25.181 & RM25.7 billion
12. Terengganu RM33.9 & RM35.152 billion
11. Melaka RM41.01 & RM41.8 billion
10. Kedah RM46.013/l dan RM47.47 billion
9. Negeri Sembilan RM46.301 & RM47.69 billion
8. Pahang RM54.86 & RM55.354 billion
7. Perak RM74.119 & RM76.78 billlion
6. Sabah RM77.785 & RM78.67 billlion
5. Penang RM92656 & RM98.96 billlion
4. Johor RM127.97 & RM131.056 billlion
3. Sarawak RM127.509 & RM131.175 billlion
2. Wilayah KL RM216.561 & RM218.233 billlion
1. Selangor RM327.088 & RM343.501 billlion
Sila rujuk DOSM https://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/dosm-public-economy_gdp_state_1?state=selangor&series_type=level&range=YEARLY
5. KDNK Terengganu meningkat sebanyak 5.9% daripada RM35.152 bilion pada tahun 2021 kepada RM37.3 bilion pada tahun 2022. Pertumbuhan dan peningkatannya sekitar RM2 bilion.
5. Jika dibuat perbandingan dengan Perak yang meningkat hanya 4.3% pada 2022 tetapi nilainya ialah lebih RM3 bilion kerana ia peningkatan daripada RM76.78 bilion pada 2021 kepada RM80 bilion pada 2022 kerana KDNK Perak berada pada kedudukan ke 7 antara negeri-negeri.
6. Negeri Sembilan pula meningkat 6.4% pada 2022 tetapi nilainya ialah RM3.1 bilion kerana peningkatan daripada RM47.69 kepada RM50.7bilion kerana KDNK Negeri Sembilan pada kedudukan ke 9 antara negeri-negeri.
7. Jadi kebanggaan bukan pada peratus pertumbuhan dan peningkatan sahaja tapi juga pada nilai peningkatan KDNK dan nilai KDNK itu sendiri.
Terengganu perlu bekerja keras lagi membangunkan ekonomi negeri.
Dr Khairuddin Takiri
Selasa 11.7.2023