Calon Pas: Bukan Setakat Isteri Orang, OKU dan Ibu Tunggal Juga Menjadi Mangsa?



Ezza


Dalam video pengakuan Ezza, beliau ada menyatakan bagaimana Calon Pas Kemasik yang juga melakukan penipuan tuntutan palsu terhadap program bantuan kepada rakyat, “Penjana” yang berkait dengan bantuan khas kepada syarikat yang berdaftar dengan PERKESO. Bantuan bersasar terus kepada pekerja yang terkesan dengan pandemik covid19.


Menurut dakwaan Ezza lagi, Saiful yang juga bekas wakil rakyat Pas penggal lepas menggunakan syarikat milik adiknya sendiri dalam tuntutan tersebut. Saiful juga dikatakan menggunakan nama-nama termasuk golongan OKU dan ibu tunggal sebagai kononnya pekerja syarikat adik beliau.


Tambah Ezza, beliau yakin ketika tuntutan dibuat, adik kepada Saiful tidak mengetahui bahawa Saiful menggunakan syarikatnya pada peringkat awal dan mula sedar setelah wang dari Penjana masuk ke dalam akaun syarikat milik adik Saiful.


Paling mengejutkan, Ezza mengatakan bahawa wang yang diterima tersebut bakal digunakan untuk membina markaz Pas di Kemasik.


Persoalannya, menurut Ezza, Hadi Awang mengetahui tentang skandal beliau dan jenayah Saiful ini.



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.