KES SANUSI - SIAPA SALAH?

 


PENAHANAN dan pendakwaan MB Kedah, Sanusi Mohd Nor. Apa isunya? Rakyat jangan terus diperbodohkan oleh Perikanan Nasional.  Rakyat jangan terus terima bulat-bulat PN. Isunya ialah penehanan Sanusi ini berkaitan dengan penghinaan kepada institusi Diraja. Isu besar yang melibatkan instirusi Diraja.

Sejak sekian lama institusi ini dipertahankan dan hari ini lihat bagaimana PN boleh mengangkat seorang yang bernama Sanusi ini sebagai hero mereka.

Saya nak tanya kepada penyokong-penyokong PN yang berada di luar sana. Kalau mereka kata Sanusi tidak hina institusi Diraja. Kalau mereka kata ini pendakwaan politik. Ini adalah kerja jahat nak menyekat gerakan Sanusi. Tengok semalam ada atau tidak pimpinan tertinggi PN yang hadir? 

Pagi semalam ketika kes Sanusi dibawa ke mahkamah tidak ada Mahiaddin, Takiyuddin, Hadi Awang, Azmin Ali, tak ada pimpinan utama PN yang hadir kerana mereka tahu kes yang melibatkan Sanusi adalah kes penghinaan terhadap Institusi Diraja.  

Kenapa mereka tak hadir? Adakah mereka takut sekiranya mereka hadir impian mereka ingin menjadi Perdana Menteri mahupun Menteri Besar akan terhalang kerana mereka tahu kes Sanusi adalah kes penghinaan kepada Institusi Diraja atau lebih tepat lagi Institusi Diraja Selangor.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.