Namun selepas kerajaan negeri bertukar tangan kembali kepada BN, Kerajaan BN telah ambil alih tanah berkenaan dengan harga RM 6.8 juta kerana beranggapan tanah berkenaan bernilai tinggi dan penting kepada pembangunan Negeri Terengganu pada masa depan Dan diletakkan di bawah akta 62 Kanun Tanah Negara.
Ambil alih tanah ini membolehkan koperasi Pas KoInsaf mengaut keuntungan lebih RM 6 juta daripada duit rakyat.
Amat mengejutkan apabila Pas ambil alih kembali kerajaan negeri pada tahun 2018, Pas sekali lagi menyerahkan tanah berkenaan kepada NGO milik Pas yang diketuai Isteri Menteri Besar iaitu Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat Pas Dan Bekas Isteri wakil Rakyat Pas dengan hanya perlu membayar premium RM 500 ribu sahaja.
Ianya menyebabkan rakyat kerugian sekali lagi, kali ini lebih 30 Juta kerana nilaian tanah semasa pada tahun 2021 adalah RM 29.3 juta.
Ini bermakna rakyat Terengganu kerugian 36.8 juta dizaman Pas memerintah Terengganu dan hari ini sahaja sudah mencecah RM 30,000,000 juta.
Semua mereka “SAPU BERSIH" tanah-tanah rakyat dan bukan sahaja tanah dan juga sumber ASLI Terengganu.
Difahamkan bahawa kes ini telah di siasat oleh SPRM dan hasil siasatan khabarnya telah diserahkan kepada AG.
Adakah benar kes ini wujud salah guna kuasa dan wujudnya kronisme?
Sampai bila kes ini nak diperam? Isu ini perlu diselesaikan segera kerana ia membabitkan kepentingan dan duit rakyat.