PENDUDUK Kg. Tok Fakir, Merchang, kecewa apabila tanah milik kerajaan yang mereka rancang sejak sekian lama untuk membina masjid baru dipecahkan lot sebagai tapak rumah oleh pimpinan semasa yang disokong YB kawasan yang baru (2018-2023) setelah kerajaan negeri bertukar daripada Barisan Nasional kepada PAS ketika PRU 14 yang lalu.
Tanah seluas 6 ekar itu dipecahkan kepada 37 lot dan tanah tersebut telah diberikan kepada penama-penama yang sebahagian besarnya penyokong kuat sebuah parti sahaja dengan penyerahan Borang 5A oleh YB Ustaz Sulaiman Sulong yang merupakan ADUN Pengkalan Berangan pada Jun 2023.
Mengikut cerita orang lama dan merupakan seorang tokoh agama di kampung berkenaan tanag berkenaan telah diukur dan diangkap ke pejabat agama untuk diwartakan sebagai tanah rezab masjid namun tiada perkembangan dilaporkan.
Tindakan ppihak berkenaan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya penduduk di Kg. Tok Fakir dan sekitar yang khususnya tidak melibatkan diri secara langsung dalam polemik politik kepartian.
Mereka jelas amat kesal kerana tanah yang dirancang untuk kepentingan ummah yang besar diberikan kepada mereka yang mempunyai kepentingan individu tertentu dan hanya memberi pulangan kepada segelintir orang sahaja.
Kini apabila tempoh kempen PRN bermula isu ini makin kuat kedengaran dan semakin ramai yang mula bersuara untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati akan isu ini.
Kata mereka maslahat ummah yang besar lagi utama daripada memenuhi serakah segelintir kelompok sahaja.
Untuk rekod, Masjid Kg. Tok Fakir yang ada sekarang merupakan naik taraf daripada sebuah surau dan telah beberapa kali dinaik taraf untuk memenuhi keperluan penduduk dan makin bertambah.
Namun sekarang ini dengan tanah yang disimpan hampir 60 tahun untuk mengembangkan syiar Islam ini telah dijadikan lot rumah, maka peluang untuk memiliki masjid yang lebih luas dan selesa bakal tinggal impian sahaja kerana tiada lagi lokasi yang baik dan strategik untuk dijadikan lokasi baru yang sesuai untuk membina rumah Allah itu di Kg. Tok Fakir.