Isu hutang Felda panas balik bila TS Muhyiddin saman DS Anwar. DS Anwar pula balas dengan tunjuk bukti dokumen dan minta Muhyiddin pula minta maaf
Siapa betul? Baik, saya cerita kemudian masing-masing pandailah buat kesimpulan sendiri
Pertama, Felda memang bagi pinjaman kepada peneroka. Untuk penanaman semula, beli baja, buat rumah, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Tapi Felda tak ada duit. Maka Felda buat hutang (sukuk) supaya dia boleh bagi hutang kepada peneroka.
Peneroka pula pinjam dengan Felda sebab kadar keuntungan (faedah) rendah. Nak pinjam dengan bank tak lepas sebab peneroka ini bukan kerja kerajaan.
Basically Felda ni macam orang tengah / penjamin saja. Tak ambil untung pun.
Kaedah ni dibuat bermula tahun 2009. Zaman DS Najib Razak.
Hutang-hutang ini akhirnya semakin bertambah sebab peneroka makin banyak meminjam dan ada juga yang culas nak bayar. Jadi ia menyukarkan Felda sebab Felda guna bayaran hutang ini untuk bayar balik pinjaman dia kepada bank dan KWSP
Tahun 2021, hutang ini semua dah jadi RM8.3 bilion. Maka Muhyiddin pun umum nak hapus hutang-hutang ini.
Tapi setakat umum hapus hutang ini hanya bermakna beban hutang peneroka ditanggung pula oleh Felda. Maka Muhyiddin pun umum kerajaan akan buat sukuk bernilai RM9.9 bilion untuk bantu Felda
Tetapi sampai habis tamat jatuh kerajaan dua kali pun, ia tidak berlaku.
Apabila Anwar jadi PM, dia menyempurnakan kerja Muhyiddin ini dengan isytihar kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun kepada Felda supaya penghapusan hutang peneroka ini selesai sepenuhnya tanpa ditanggung oleh mana2 pihak. Baik peneroka, baik Felda semua selamat.
Tapi kalau tanya saya, saya tak setuju penghapusan hutang secara pukal
Sebab jumlah hutang peneroka ini semuanya berbeza. Ada mungkin hutang RM10 ribu. Ada mungkin hutang RM100 ribu
Ada pula yang culas nak bayar. Ada yang konsisten bayar walaupun terpaksa kerja siang malam. Ada pula yang dah bergolok gadai habis bayar hutang belaka.
Maka penghapusan hutang ini sebenarnya bagi saya tidak adil terutama kepada mereka yang berdisiplin bayar dari awal. Dan seolah satu reward besar serta petanda bahawa kalau kita hutang kerajaan ni tak bayar pun tak apa sebab nanti ada PM akan hapus juga
Benda inilah yang berlaku kepada PTPTN
Sepatutnya penghapusan hutang ini didahulukan kepada mereka yang membayar secara konsisten. Serta cashback kepada mereka yang dah pun selesai membayar hutang.
Atau jumlah RM10 bilion yang kerajaan janji itu dibahagikan samarata kepada peneroka. Dan diberi kepada mereka selepas ditolak hutang berbaki yang ada.
Masalah pemimpin kita hari ini adalah ramai yang cuma tahu nak populis tanpa sedar apa kesan kepada negara dan walaupun tak reti siapkan kerja
----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu