TANAH YANG DIJUAL OLEH KERAJAAN PAS WAJAR DIBEKUKAN

Hartanah Milik PAS Terengganu Wajar Dibekukan, Dipulangkan Kepada Rakyat

Bukan suatu perkara yang baharu apabila SPRM membekukan aset termasuk akaun bank individu atau syarikat yang disyaki terlibat di dalam sesuatu siasatan jenayah rasuah.

Di dalam skandal pembelian tanah oleh Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Pas Terengganu(Kairunnisa), terdapat keraguan munasabah bagaimana tatakelola pemerolehan tanah tersebut.

Kerajaan Pas Terengganu melalui Menteri Besar dan EXCOnya telah meluluskan penjualan tanah yang sepatutnya menjadi tapak bangunan Mahkamah Tinggi Terengganu kepada persatuan tersebut dengan harga jauh nilainya dari harga pasaran.

Harga pasaran tanah tersebut adalah RM29.37 juta dan dijual dengan harga hanya RM500,000. Luas tanah tersebut adalah 11,299 meter persegi .

Jika dilihat kepada Dasar Tanah Negeri Terengganu, peratusan kadar premium bagi tanah bandar dan pekan adalah tidak kurang daripada 20 peratus daripada nilaian semasa maka Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Isteri Wakil Rakyat PAS Terengganu yang dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar Pas Terengganu perlu membayar tanah tersebut dengan nilai RM5.87 juta dan bukannya RM500,000.

Kecuaian atau sengaja? Ini adalah persoalan yang menjadi tandatanya kenapa entiti Pas hanya membayar dengan kadar 1.7% sahaja.

Malah Pas Terengganu memperlihatkan keinginan yang begitu tinggi terhadap tanah yang lokasinya di dalam kawasan pusat bandar Kuala Terengganu dengan jarak 500 meter dari Wisma Darul Iman dan ‘berjiran’ dengan Ibu Pejabat Polis Terengganu, Hospital Pakar Salam dan Menara Yayasan Islam apabila tanah ini dijual dua kali kepada entiti Pas dengan harga yang murah walaupun telah diambil balik oleh Kerajaan BN.

Pertama kali Kerajaan Pas menjualnya ketika Hadi Awang menjadi Menteri Besar dan dengan harga hanya RM320,000.

Tanah tersebut diambil balik oleh Kerajaan BN apabila UMNO BN berjaya mengambil alih pemerintahan negeri dan kerajaan negeri pada masa itu terpaksa membayarnya dengan kos lebih dari RM5 juta.

Apabila Pas berjaya ambil alih Terengganu pada PRU14, tanah tersebut sekali lagi dijual kepada entiti Pas.

Kenapa Pas Terengganu nampak begitu ‘gila’ dengan tanah ini sehinggakan melanggari Dasar Tanah Negeri Terengganu?

Pihak Pentadbir Tanah Kuala Terengganu  dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu secara rasminya tidak menyokong penjualan tanah ini kerana tanah tersebut telah dibuat pengambilan balik pada tahun 2005 dalam diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 21 Jun 2006 bagi tujuan disimpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi maksud tujuan awam dan diwartakan pada 28 April 2011.

Justeru pihak SPRM dan pihak yang mempunyai bidang kuasa terhadap kes ini diharap dapat membekukan sebarang aktiviti di tanah berkenaan sehingga selesai atau mendapat keputusan jelas dari pihak yang sepatutnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.