WANITA yang sebelum viral kerana mengaku mempunyai hubungan dengan Calon PAS DUN Kemasik di Terengganu hari ini tampil ke Pejabat Agama di Kuala Terengganu bagi menyelesaikan isu berkaitan hubungannya dengan Calon PAS berkenaan.
Beliau mengaku telah berkahwin dengan Calon PAS berkenaan di Selatan Thai. Walaupun ditohmah sebagai perempuan murahan, tiada maruah dan sebagainya beliau tampil ke depan kerana ingin menyelesaikan haknya sebagai seorang wanita dan ingin mengetahui statusnya sama ada masih bergelar seorang isteri atau sudah diceraikan.
Sebelum berkahwin wanita berkenaan mendakwa pernah melakukan hubungan di luar pernikahan.
Selain beliau juga mendakwa calon PAS berkenaan terlibat dengan beberapa penipuan melibatkan Dana Penjana di bawah PERKESO ketika PKP dahulu. Namun hanya dia seorang yang terpaksa berdepan dengan tuduhan SPRM.
Beliau juga mendakwa ada menyumbang dana untuk aktiviti program PAS di DUN Kemasik atas permintaan Calon PAS berkenaan.