Saya Islam & Saya Undi BN


Kenapa perlu undi BN?

Jawapannya mudah:-

Saya anak Terengganu. 10 tahun lepas saya bekerja di negeri kelahiran saya yang makmur di bawah kerajaan BN yang perihatin. Apabila kerajaan negeri berubah pada 5 tahun lepas, tiada lagi bantuan dan kemudahan.

Saya ambil keputusan tinggalkan Terengganu dan bekerja di Selangor kerana tuntutan belanja keluarga yang tinggi apabila tiada lagi dana bantuan dari kerajaan Pas Terengganu.

Saya perlu angka gaji yang mampu untuk bantu ayah saya menyara adik-adik yang lain. Adik perlukan laptop untuk belajar di universiti. Tiada lagi bantuan one-off untuk kemasukan IPTA/IPTS.

5 tahun yang lepas adalah tahun keperitan. Saya lihat pembangkang (BN) lebih membantu rakyat seperti merekalah kerajaan.

Melihat kepada Aku Janji BN, 50 tawaran itu membuatkan saya tersedar, kenapa BN mampu tawarkan dan Pas hanya tawar 10 sahaja?

Insya allah saya akan undi BN, saya ingin balik bekerja di Terengganu dan jaga mak ayah. Itu niat saya semoga Allah makbulkan.

Kepada perantau, lihat mak dan ayah yang kita tinggalkan. Mereka mengharapkan kita berada di samping mereka.

Rahman Bakar
Felda Tenang
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.